November 9, 2008

Sudah lama aku tak buat prebiu filem. Sekali-sekala tulis pasal filem pun best jugak. Baiklah, hari ini aku ingin mengulas tentang Filem Bond ke-22, James Bond: Quantum of Solace yang baru aku tonton.
Tajuk post sudah menggambarkan kekecewaan aku. Sebenarnya nak tulis Quantum of sole-**s tapi rasa macam offensive la pulak. Apa pun secara keseluruhan, filem ini telah mencemarkan maruah filem-filem Bond sebelum ini. Kenapa?
Ini sebab-sebabnya:
Baca baki entri ini »
2 komen |
Hiburan |
Pautan Kekal
Dikirim oleh syatir
November 8, 2008
Harga Minyak Dunia turun lagi…!

Turun lagi? Hari tu naik sampai AS$147 setong. Sekarang dah turun ke bawah AS$60 setong.
AS$60 tu banyak mana? Murah sangat ke? OK. Pengiraan dia macam ni….
AS$147/tong = RM520.38/tong
AS$60/tong = RM212.30/tong
Satu tong (barrel) tu banyak mana?
1 tong (barrel) = 158.99 liter
Jadi harga minyak sekarang sebenarnya adalah:
RM212.30 / 158.99 liter = RM1.34/liter
TAPI KENAPA KERAJAAN MASIH KEKALKAN RM2.15/liter? KERAJAAN SEBENARNYA TAK BAGI SUBSIDI KEPADA SETIAP LITER TAPI SYARIKAT MINYAK DAPAT UNTUNG RM0.81 seliter.
Well. It’s something to ponder about.
2 komen |
ekonomi |
Pautan Kekal
Dikirim oleh syatir
November 8, 2008
Selepas memenangi pilihanraya presiden beberapa hari lepas, Presiden Barack Obama mengumumkan perlantikan jawatan pertama iaitu Ketua Staf (chief of staff) White House yang diberikan kepada Rahm Emanuel.

Chief of staff tu apa? Kerjanya memantau dan menyelaras aktiviti dan komunikasi antara jabatan-jabatan pentadbiran AS. Lantik staf White House, pecat diorang, control pengaliran masuk dan keluar maklumat-maklumat penting, control orang yang nak jumpa presiden, control white house. Kalau presiden AS tak mahu campur, Chief of staff boleh jadi macam Perdana Menteri. Pendek kata macam orang no.2 di Washington. Very powerful. Tapi kalau presiden macam Bush, chief of staff tak ada kuasa sangat.
Ada yang bersetuju dengan pilihan Obama. Ada yang membantah.
Yang setuju kata:
“Emanuel ni berpengalaman luas. Dah lama dalam House of Rep.”
“Emanuel seorang pemikir strategik”
“Perwatakan yang berbeza antara Emanuel dan Obama akan saling lengkap-melengkapi. Obama budak baik, Emanuel boleh jadi budak jahat”
Yang tak setuju kata:
“Emanuel orang kuat Demokratik. Akan jadi berat sebelah.”
“Emanuel akan menyebabkan perpecahan antara Demokrat dan Republikan makin buruk”
“Pemilihan Emanuel bercanggah dengan janji Obama untuk bawa perubahan. Perubahan tidak akan berlaku kalau Obama pilih orang parti sendiri.”
Yang paling penting: “Rahm Emanuel berbangsa Yahudi. Chief of staff ke-3 yang berbangsa Yahudi dalam sejarah AS” (So, adakah Obama tidak akan pro-Israel??)
Apa pun masih terlalu awal untuk buat penilaian. Kita cuma tunggu dan lihat.
Leave a Comment » |
Politik |
Pautan Kekal
Dikirim oleh syatir
November 6, 2008
Macam biasa, setiap akhir tahun Tennis Masters Cup akan tiba. Sebagai peminat Roger Federer aku takkan lepaskan peluang untuk menyaksikan bintang faveret aku beraksi. Bagi yang tidak tahu, Masters Cup adalah pertandingan penamat akhir tahun yang paling berprestij (kalau dalam debat, macam Debat Diraja la). Lapan pemain terbaik dunia (berdasarkan ranking) akan bertarung untuk merebut kejuaraan ini. Pertandingan dibuat dalam bentuk liga / round robin. Satu group empat player. Keempat-empat player akan berlawan sesama sendiri. Top two akan masuk semi final. Berikut adalah undian untuk tahun ini.
Red group: Roger Federer, Andy Roddick, Andy Murray, Gilles Simon.
Gold group: Novak Djokovic, Nikolay Davydenko, Jo-Wilfred Tsonga, Juan Martin Del Potro.
Rafael Nadal (world no. 1) tidak beraksi kerana kecederaan. Agak mengecewakan sebab aku nak tengok Nadal-Federer di final.
My prediction: Federer, Murray, Tsonga, Del Potro ke semi final – Federer, Murray di final dan Federer menang. (Sori kepada peminat player lain. Aku memang bias)
Leave a Comment » |
Sukan |
Pautan Kekal
Dikirim oleh syatir
November 5, 2008
Senator Barack Obama telah memenangi Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2008 – dengan ‘tanah runtuh’ (with a landslide) – dan akan muncul sebagai Presiden AS ke-44. Menang di 28 negeri dan DC, Obama akan memiliki 364 undi pemilih (electoral vote) menewaskan John McCain yang hanya mendapat 174 electoral vote. Obama juga mendapat jumlah undi popular (popular vote) yang cukup tinggi, 63,987,562 lebih 7 juta mengatasi pesaingnya.
Mencipta sejarah sebagai Presiden AS berbangsa Afrika-Amerika yang pertama, Obama sebenarnya lebih bersifat nasionalis dan bukannya rasis. Dalam ucapan kemenangannya, Obama mengatakan: “If there is anyone out there who still doubts that America is a place where all things are possible, who still wonders if the dream of our founders is alive in our time, tonight is your answer. Its a long time coming, but because of what we did on this day, at this defining moment, change has come to America.”
Baca baki entri ini »
Leave a Comment » |
Politik |
Pautan Kekal
Dikirim oleh syatir
November 1, 2008
(( Pertandingan Debat Diraja 2008 akan diadakan pada 28 November – 3 Disember di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Gombak ))
Di kala semua orang sedang bergelumang dengan final exam di UIAM, hanya aku yang mampu bersama-sama dengan adik-adik pusat asasi untuk memulakan latihan Debat Diraja. Hari ini sudah hari ke-11 (berturut-turut). Macam-macam aku dah cuba bagi. Dari A sampai Z (mungkin ada huruf2 yang tertinggal), aku dah curahkan segala ilmu dan pengalaman kepada budak-budak ni dengan harapan merekalah yang akan terus menjulang bendera UIAM di pentas debat negara.
Selepas 10 hari berturut-turut ‘mendera’ mereka dengan pelbagai ujian dan cobaan, hari ini aku bawak mereka semua keluar dari kepompong studio UIAM dan pergi berkelah dan bersantai di Taman FRIM. Sekadar untuk mencari sedikit ketenangan dan kedamaian. Mungkin boleh mengumpul semula semangat dan keyakinan mereka untuk teruskan perjuangan.

Dari kiri: aku, Kak Kiah, Jefri, Aiman, Radzi, Amirul, Izzah, Anne, Zur, Haikal dan Khadijah. Jurugambar: Danial
Terima kasih banyak-banyak kepada Jep dan Kak Kiah sebab sudi meluangkan masa untuk join sekali. Semoga kalian lebih bersemangat untuk berlatih dengan lebih gigih lagi. Berjuang demi UIAM!!
5 komen |
Debat |
Pautan Kekal
Dikirim oleh syatir
Julai 17, 2008
Agak lama jugak aku meninggalkan blog ini tanpa dikemaskini. Banyak projek baru sekarang. Agak sibuk.
Straight to the point, tentang debat pemimpin politik pertama di Malaysia antara Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebagai pencinta debat aku tak lupa untuk menyaksikan peristiwa bersejarah ini di kaca tv secara live. Malah aku mewajibkan pendebat-pendebat UIAM yang sepatutnya menjalani latihan debat malam itu supaya menonton dan menganalisis debat tersebut.
Secara keseluruhannya, idea mengadakan debat ini adalah idea yang sangat bagus. Menjadikan media sebagai platform terbaru untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan dua pihak yang berbeza. Malah perkara ini sudah lama diadakan di negara-negara maju seperti AS yang akan mengadakan presidential debate setiap kali menjelang pilihanraya presiden. Malah aku tak sabar menantikan debat antara John McCain, Calon Presiden Republikan menentang Barack Obama, Calon Presiden Demokrat tak lama lagi. Baguslah kalau pemimpin politik Malaysia sudah membuka mata dan menjadi lebih berani. Debat adalah platform terbaik untuk menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Sepatutnya debat seperti ini dijalankan lebih kerap lagi antara pemimpin kerajaan dan pembangkang.
Apapun tahniah kepada AgendaDaily dan DBP kerana telah mangajurkan program yang bermanfaat ini. Debat ini bukan untuk mencari siapa menang siapa kalah (walaupun banyak pihak dalam blog dan web telah memberikan verdict masing-masing siapa pemenangnya). Debat ini sebenarnya medan untuk kita rakyat Malaysia melihat setiap perkara daripada dua sisi berbeza.
There’s always two side of a coin.
Leave a Comment » |
Am, Debat, Politik |
Pautan Kekal
Dikirim oleh syatir
Mei 19, 2008
Yang paling hangat di pasaran. Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan keluar dari UMNO. Beliau tidak akan kembali ke dalam UMNO selagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih dalam UMNO. “Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno”. Beliau membuat kenyataan tersebut di Alor Star selepas menyampaikan ucapan `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12’. Muktamad. Begitulah nampaknya. Apa reaksi Malaysia?
Pak Lah – Rasa terkejut dan tak sangka. Namun beliau tak akan letak jawatan. Bagi beliau tindakan Dr. M itu menjejaskan parti. Beliau meminta semua ahli UMNO bertenang dan tunjukkan kesetiaan.
Dr. Tan Seng Giaw (Timb. Pengerusi DAP @ MP Kepong) - “Apa sebab Dr. Mahathir mahu keluar dari UMNO. Apakah kerana masalah kepimpinan atau sebagainya. Kita pun tidak faham.” “Adakah Dr. Mahathir keluar UMNO kerana menganggap parti itu sudah tidak relevan lagi?”
Baca baki entri ini »
2 komen |
Am, Politik |
Pautan Kekal
Dikirim oleh syatir
Mei 17, 2008
Dengan rasa dukacita selepas kekalahan tipis Malaysia kepada China semalam (Semi Final Piala Thomas 2008), aku beralih arah ke sukan yang lebih memuaskan nafsu dan perasaanku, tenis. Hari ini wira kegemaranku, Roger Federer beraksi untuk pusingan separuh akhir menentang Andreas Seppi (pemain bukan pilihan) dalam pusingan separuh akhir Tennis Masters Hamburg.

Federer menang mudah 6-3, 6-1 ke atas Seppi. Esok adalah hari penentuan sama ada Federer bakal berdepan No.2 Rafael Nadal atau No.3 Novak Djokovic. Yang menariknya dengan pertarungan separuh akhir Nadal-Djokovic ini adalah, “The Winner will be The Second Best”. Siapa yang menang akan naik ke ranking no.2 dunia. Aku masih berharap Nadal yang menang. Dan lebih berharap Federer menang di final.
Leave a Comment » |
Sukan |
Pautan Kekal
Dikirim oleh syatir
Mei 16, 2008
Tewas Lagi. Itu sahaja yang mampu kita semua rakyat Malaysia katakan. Hari ini ramai yang menonton Separuh Akhir Piala Thomas 2008 Malaysia vs China secara ‘live’. Di pantai timur, ramai yang menonton di rumah sebab hari ini hari Jumaat (tak bekerja @ bersekolah). Mahasiswa-mahasiswi yang bercuti panjang atau baru tamat peperiksaan mungkin menonton di rumah sewa, asrama atau di kampung. Tidak kurang yang ponteng kerja atau menonton di ofis. Ada live di TV1 dan saluran 816 Astro. Semuanya dengan satu harapan. Malaysia mungkin boleh masuk akhir.
Tapi akhirnya kita tewas 3-2. Walaupun Lee Chong Wei berjaya kalahkan Lin Dan, dan beregu muda Zakry dan Fairuzizuan berjaya menundukkan beregu China, itu belum cukup. Membuat aku tertanya-tanya apa nasib pasukan negara nanti di Beijing dalam Olimpik 2008.
Leave a Comment » |
Sukan |
Pautan Kekal
Dikirim oleh syatir