April Fool

Mac 31, 2009

Bersempena april fool kali ini, saya ingin mempublish semula artikel saya yang lama:

Tahukah anda asal-usul April Fool?

Ada banyak cerita tentang asal-usul April Fool. Saya nak tulis cerita yg paling masyhur.

April Fool dikatakan bermula di Perancis tahun 1582, pada zaman Raja Charles IX. Pada masa tu, berlaku pertukaran daripada Kalendar Julian kepada Kalendar Gregory oleh Pope Gregory XIII.

Mengikut kalendar Julian, tahun baru disambut pada 25 Mac. Sambutan diadakan seminggu sehingga kemuncaknya pada 1 April. Selepas kalendar Gregory digunakan tahun baru ditukar kepada 1 Jan. Namun, ada orang-orang Perancis yang menolak perubahan ini dan masih menyambut tahun baru mengikut tarikh yang lama.
Baca baki entri ini »


Hakim DIPERLUKAN!

November 25, 2008

Dengan sukacitanya, saya ingin menjemput semua bekas pendebat IPT untuk datang ke UIA pada 28 november – 3 disember ini untuk menjadi hakim Debat Diraja 2008. Bilangan pasukan terlalu banyak dan anda semua memang DIPERLUKAN. Saya minta maaf jika jemputan ini tidak rasmi. Sekiranya anda memerlukan surat boleh hubungi En. Ami Rozaidi Chik Ros (Tel: 03-61964098 @ 019-3914004). Sila panjangkan jemputan ini kepada mana-mana rakan pendebat anda. Thank you in advance. Hanya kerjasama anda yang mampu menjayakan Debat Diraja tahun ini.

SYATIR TALIB (UIAM)


I’m back

Oktober 3, 2007

Huh..! Akhirnya aku pulang dari pertapaan. Bukannya bertapa kat dalam gua atau ‘melancong’ ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Cuma agak ‘masyghul’ dengan kewajipan sebagai seorang pelajar. (Alasan je tu… Sebenarnya memang malas menulis dan takde idea). Tulis blog ni kena ikut mood. Kalau time rajin macam2 boleh tulis. Kalau time malas macam ni la… berbulan2 baru tulis sekali. taknak tulis panjang2. saja nak warm-up, lama tak tulis apa2. Apapun selamat menghabiskan bulan Ramadhan dengan jayanya dan selamat berhari raya…! Berhati-hati di jalan raya. Adios…


Debat Alam Sekitar 2007

Ogos 6, 2007

Debat Alam Sekitar 2007 sudah pun tamat. Keputusannya UIAM menewaskan UKM di peringkat akhir. Mohd Daud Mat Din adalah pendebat terbaik. Saya tak boleh menipu bahawa saya berasa sangat gembira dengan kemenangan UIAM. Sekurang-kurangnya dapat menutup mulut-mulut yang terus-terusan mengkritik prestasi UIAM yang semakin merosot. Tahniah kepada pasukan UIAM, saya berbangga dengan anda semua…!

Kali ini saya tidak akan bercakap tentang kualiti perdebatan, isi, penghujahan dan sebagainya. Sebab saya tidak langsung berkesempatan untuk menyaksikan mana-mana perlawanan, saya hanya sempat menonton perlawanan akhir (UIAM-UKM), separuh akhir (UKM-UM) dan separuh akhir (UIAM-UiTM). Kenapa? Sebab setiap kali semasa perlawanan dijalankan, saya terpaksa menyiapkan ranking best speaker, ranking setiap round, kemaskini powerpoint, kemaskini sistem powermatch, kemaskini jadual tugasan hakim dan lain-lain kerja teknikal kehakiman. Selepas habis kerja tersebut, perlawanan pun dah habis, jadi kena masukkan data-data keputusan perlawanan untuk menyiapkan match-up seterusnya. Memang banyak kerja…! Nasib baik saya ada pembantu-pembantu yang cekap iaitu pasukan 3A: Aqmal, Atiqah dan Aliya (pelajar-pelajar USIM) yang rajin, berdedikasi, dan tidak pernah merungut. Tanpa mereka memang tak sempat nak siapkan on-time… Thanx a lot! Terima kasih juga kepada Faizal (UiTM) yang datang untuk belajar dan membantu pada hari kedua.

Tak lupa ucapan terima kasih kepada kak Uyuna (pegawai USIM), Azlina n friends (daripada Jabatan Alam Sekitar) dan penghantar-penghantar keputusan yang berlumba-lumba setiap pusingan (kerana penghantar keputusan paling lewat akan didenda membelanjakan ais krim untuk rakan-rakan).

Apa pun, Debat Alam Sekitar 2007 gave me lots of new experiences…! See u next time…!