Jom Tengok Geng (Upin dan Ipin)!

Rasa macam tengok kartun Disney!. Itulah rumusan yang boleh aku buat. I’m speechless. Yang hanya boleh aku buat lepas tengok filem animasi “Geng: Pengembaraan Bermula” ni hanyalah gelak sorang-sorang apabila terkenangkan jenaka-jenaka yang mencuit hati.

geng_poster2

Siapa yang tak tengok memang rugi. Kenapa? Ada banyak sebabnya:

1) Animasi 3-Dnya excellent, smooth dan colourful. Memang la tidak setanding Pixar. Tapi sebagai filem animasi 3-D pertama buatan Malaysia, sangat membanggakan. Ada babak slow-mo macam the Matrix, ada action macam Kungfu Panda & The Incredibles, ada monster macam Harry Porter, ada Upin & Ipin yang lebih cute drpd Nemo, Rocky “the hamster” atau Patrick Star. Beautifully presented.

2) Lawak jenakanya boleh membuat kita gelak sampai bergolek-golek. Ada banyak punch-line yang memang akan kita ingat dan gelak sorang-sorang lepas dah balik rumah. Lebih lawak daripada Upin & Ipin (TV). Lebih lawak daripada Shin Chan.

3) Sound effect yang sangat mantap. Ada banyak action scenes yang menggunakan sound effect yang memang mendebarkan. Macam tengok cerita Annaconda atau Indiana Jones.

4) Jalan cerita yang menghiburkan dan membuatkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya misteri yang wujud di sebalik “hantu durian”. Ala-ala team Scooby-Doo.

5) Ada banyak usaha-usaha mempromosikan imej Malaysia dalam filem ini contohnya logo Tourism Malaysia, kehidupan kampung, variasi kaum, buah durian, ayam di tepi jalan, kereta lembu dll. Mana ada kartun international yang ada lembu?

6) Yang paling penting, kartun ni MADE IN MALAYSIA. Buatan orang kita. Bajet RM 4 juta (US$ 1.1 M) sahaja so jangan la compare dengan Nemo (US$90 M), Shrek (US$70 M) atau Shark Tale (US$75 M). Hasilnya tetap sama hebat dengan filem2 tadi.

Kalaupun anda memang Anti-filem Melayu (macam aku), filem ini MESTI dikecualikan. This one reaches international standard. First class.

Aku confirm akan tengok at least 3 kali.
Standing Ovation for Les Copaque Team…!

9 Respons bagi “Jom Tengok Geng (Upin dan Ipin)!”

  1. YukiTang.LCP Berkata:

    thank you for watching GENG!!!!
    ur enjoyment is our success!!! :D

  2. sebiji eejean Berkata:

    Terimakasih dulu…sbb mo tgk manyak kali ahhaha
    saya sudah tengok 4 kali dah tambah semalam punya..=X

  3. Faren Berkata:

    Hi Syatir. Thanks so much for your review and feedback. We truly appreciate it.

  4. adam Berkata:

    salam syatir,

    Jemput lihat dekat blog rombongan Cik Kiah ke MBO Melaka menonton GENG!!More pictures otw.

  5. demang online Berkata:

    [...] fikir masa depan ipin! ” Hahaha.. Still gelak every time I think about it whole day. Read here for more praise as I agreed with all [...]

  6. lydiarayyan Berkata:

    wiiiiiii..nak tgk jugak~~~!

  7. !x0r@ Berkata:

    Sy baru tengok smlm. Memang best sgt2 walaupun pegi tengok sorang diri. hahahaha

  8. cattleya Berkata:

    betul-betul-betul…emm, sy dh tgk dua kali..part yg paling ingt smpai la ni..”Jatuh!Jatuh!Jatuh!”..hahaha..

  9. Nassa Javaness Berkata:

    Animasi 3D yang terbaik. Tak sangka anak Malaysia mampu menghasilakan 3D yg setaraf dgn filem 3D Disney. Harap2 filem animasi Upin dan Ipin akan dipasarkan keluar Negara. Jom tengok, jangan tak tengok. Hargai Filem Anak Malaysia. Malaysia Boleh…………………..

Tinggalkan jawapan