Berikut adalah senarai rasmi tajuk atau usul Debat Diraja 2008 bagi kategori Bahasa Melayu. Ada 50 kesemuanya. Analisis dan ulasan terhadap usul-usul debat diraja 2008 ini akan menyusul tidak lama lagi. Jangan lupa untuk datang kembali ke blog ini untuk mendapatkan idea asas, contoh kes dan sumber rujukan yang boleh digunakan. Buat masa sekarang, mulakanlah latihan pasukan anda dengan tajuk-tajuk debat yang telah ditetapkan ini.
SENARAI USUL UNTUK DEBAT DIRAJA 2008
POLITIK
1) Pembangkang Di Malaysia Tidak Bijak
2) Kemenangan Obama Memberi Kita Satu Petunjuk
3) Rumah Putih Cuma Bertukar Warna
4) Kita Tidak Bersatu Dalam Isu Kepentingan Negara
5) Pengunduran Musharaf: Sinar Buat Pakistan
6) Demokrasi Malaysia: Retak Menanti Belah
7) Krisis Kehakiman Diada-adakan
8) Dunia Perlukan Kawalan Keselamatan Perairan Antarabangsa
9) Barisan Nasional Perlu Menjadi Satu Parti
10) Politik Berteraskan Kaum Masih Relevan
11) Politik Malaysia Mengancam Perpaduan
12) Debat Politik : Pemimpin Kita Belum Bersedia
13) Dunia Sudah Tidak Perlukan Kuasa Veto
14) Sidang Damai Annapolis Adalah Penamatnya
15) Politik Malaysia Sudah Stabil
16) Mahasiswa Malaysia Matang Berpolitik
17) Mengiktiraf Kemerdekaan Kosovo Adalah Tepat
EKONOMI
1) Kawalan Harga Barang Hanya Ilusi
2) Sistem Perbankan Islam Jawapan Kepada Krisis Kewangan Dunia
3) Kenaikan Gaji Jawapan Kepada Inflasi
4) Halangan Perdagangan Antarabangsa Wajar Dihapuskan
5) ASEAN Perlukan Matawang Sendiri
6) Pengurangan Subsidi Minyak Adalah Tidak Wajar
7) Pasaran Terbuka Berat Sebelah
8) Air Asia Punca MAS Lemas
9) Sistem Bretton Woods Perlu Diganti
10) Mahasiswa Kita Boros
SOSIAL
1) Masalah Perkauman: Salah Media
2) Demi Perpaduan: Kebebasan Media Perlu Dikawal
3) Perpaduan Kita Terus Kukuh
4) Bloggers: Duri Dalam Daging
5) Bahasa Melayu Penyatu Bangsa Malaysia
6) Setelah 51 Tahun, Bahasa Melayu Semakin Dilupakan
7) Pindaan AUKU: Mahasiswa Sudah Bersedia
8) AUKU: Menyebab Mahasiswa Lesu
9) Krisis Makanan Global: Kita Sudah Bersedia
10) Pendidikan Kita Bertaraf Dunia
11) Sukan Adalah Medium Perpaduan
12) Generasi Muda Kita Patriotik
13) Semangat Kesukarelaan Kian Pudar
14) Industri Hiburan Tidak Tentu Arah
15) Kerjasama Antarabangsa Mampu Menyelesaikan Masalah Alam Sekitar Dunia
16) Perubahan Iklim Dunia Tanggungjawab Negara Dunia Ketiga
17) Pemimpin Politik Tidak Wajar Menerajui Persatuan Sukan
HUMOR / PERIBAHASA
1) Hijau Perlu Kekal Hijau
2) Semut Sudah Setanding Gajah
3) Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
4) Kerana Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar
5) Berambut Lebih Baik Daripada Botak
6) Pisang Sudah Berbuah Dua Kali
Selamat Berjaya, Para Pendebat!
p/s: Apa komen anda tentang usul-usul ini?

November 21, 2008 at 8:42 pm |
Pendebat perlu mahirkan dengan segala isu yakni fakta. Dalam hendak memahirkan fakta, perlu fasih penceritaan fakta tersebut. Jujurnya, debat diraja adalah penggabungan kehebatan merungkai dan menganalisis fakta serta kecerdikan membuka konsep kreatif. Usul politik dan ekonomi akan mencerminkan perbezaan antara pendebat ….
Selamat maju jaya !
November 24, 2008 at 2:25 pm |
kat mane nk dapat tahu usul utk debat kategori bahasa inggeris plak bro?
November 25, 2008 at 8:37 am |
Usul untuk kategori Bahasa Inggeris setahu saya tidak akan diberi lebih awal. Hanya akan diberi oleh ketua hakim 30 minit sebelum pertandingan.
November 27, 2008 at 9:03 am |
[...] Melayu) mengambil langkah luarbiasa untuk menghadapi kejohanan debat paling prestij di Malaysia, Debat Diraja Kali Ke-7. Pada kali ini, pendekatan bagi latihan persiapan cuba keluar daripada kelaziman. Modul tidak lagi [...]
April 24, 2009 at 3:24 pm |
POLITIK
4) Kita Tidak Bersatu Dalam Isu Kepentingan Negara
6) Demokrasi Malaysia: Retak Menanti Belah
12) Debat Politik : Pemimpin Kita Belum Bersedia
EKONOMI
6) Pengurangan Subsidi Minyak Adalah Tidak Wajar
7) Pasaran Terbuka Berat Sebelah
8) Air Asia Punca MAS Lemas
SOSIAL
1) Masalah Perkauman: Salah Media
5) Bahasa Melayu Penyatu Bangsa Malaysia
10) Pendidikan Kita Bertaraf Dunia
12) Generasi Muda Kita Patriotik
Sila kirimkan/terangkan hujah2 tersebut,terima-kasih. recruiterdster@gmail.com