((Pertandingan Debat Diraja akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak pada 28 November hingga 3 Disember))
Sebagai tuan rumah, saya ingin menjemput SEMUA bekas pendebat ipt Malaysia – tidak kiralah anda berdebat pada tahun 80-an, 90-an, atau era millenium – untuk datang ke UIA bagi memeriahkan pertandingan kali ini. Khidmat anda semua diperlukan sebagai HAKIM pusingan awal.
Untuk makluman semua, bagi kategori debat Bahasa Melayu (BM) sahaja, hampir 60 pasukan sudah mengesahkan penyertaan. Kalau ada 60 pasukan bermakna akan ada 30 perlawanan serentak. Untuk menggunakan sistem juri sebanyak 90 orang juri diperlukan serentak.
Oleh itu, saya sangat berharap anda semua dapat melapangkan masa untuk berkhidmat dan menjadi sebahagian daripada warga Debat Diraja 2008. (Terutama pada hari Sabtu 29/11 dan Ahad 30/11).
Kepada sesiapa yang membaca post ini, saya sangat berharap anda tolong COPY & PASTE jemputan ini di dalam blog anda, friendster, facebook, myspace atau apa-apa medium untuk disebarkan. Terima Kasih.
MOHD SYATIR TALIB (UIAM)
