Senarai Cadangan Usul Debat Diraja 2008

((UPDATE 20/11/2008: SENARAI USUL YANG RASMI TELAH DIKELUARKAN. KLIK DI SINI. SILA ABAIKAN POST INI.))

uiam_juara_debat_di_raja(Pertandingan Debat Diraja Antara Universiti-Universiti Awam Malaysia 2008 akan diadakan pada 28 November hingga 3 Disember 2008 di kampus UIA, Gombak)

Mungkin ramai-ramai yang tertunggu-tunggu post ini. Inilah senarai cadangan tajuk atau usul debat diraja 2008 kategori Bahasa Melayu. Tapi, tajuk atau usul ini belum disaring / disunting / di’finalised’ / dimuktamadkan. Selepas ditapis mungkin akan tinggal dalam 30 hingga 40 sahaja.  Lepas dah confirm aku akan post sekali lagi. Sekurang-kurangnya senarai ini mungkin dapat membantu para pendebat untuk latihan.

Ini tajuk-tajuknya:

POLITIK
1 Bagi Malaysia, Obama Lebih Baik Daripada McCain
2 Kemenangan Obama Memberi Kita Satu Petunjuk
3 Rumah Putih Cuma Bertukar Warna
4 Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat Demokratik
5 Obama Lebih Berbahaya
6 Presiden Obama: Nafas Baru Dunia Islam
7 Samak, Brown Dan Abdullah Sepatutnya Mencontohi Fukuda
8 Pembentukan ‘Dinasti’ Dalam Politik Wajar Ditolak
9 Pembangkang Mesti Mempunyai Kabinet Bayangan
10 Pakatan Rakyat: Indah Khabar Dari Rupa
11 Pembangkang Di Malaysia Tidak Bijak
12 Kita Tidak Bersatu Dalam Isu Kepentingan Negara
13 Pengunduran Musharaf: Sinar Buat Pakistan
14 Demokrasi Malaysia: Retak Menanti Belah
15 Sudah Tiba Masanya Malaysia Mempunyai Akta Kebebasan Maklumat
16 Dunia Perlukan Kawalan Keselamatan Perairan Antarabangsa
17 Barisan Nasional Perlu Menjadi Satu Parti
18 Politik Berteraskan Kaum Masih Relevan
19 Politik Malaysia Mengancam Perpaduan
20 Orang Melayu Terlalu Berlembut
21 Debat Politik : Pemimpin Kita Belum Bersedia
22 Dunia Sudah Tidak Perlukan Kuasa Veto
23 Struktur PBB Perlu Diubah
24 Pendirian Kita Harus Seperti Singapura
25 Sidang Damai Annapolis Adalah Penamatnya
26 Politik Malaysia Sudah Stabil
27 Mahasiswa Malaysia Matang Berpolitik
28 Mengiktiraf Kemerdekaan Kosovo Adalah Tepat
29 Akta Fitnah Perlu Diketatkan

EKONOMI
1 Kawalan Harga Barang Hanya Ilusi
2 Peningkatan Kadar Inflasi: Kerajaan Hilang Arah
3 Kenaikan Gaji Jawapan Kepada Inflasi
4 Kemelesetan Ekonomi Dunia: Salah Bank
5 Krisis Ekonomi: Kita Sudah Bersedia
6 Sistem Perbankan Islam Jawapan Kepada Krisis Kewangan Dunia
7 Pelan Rangsangan 7 Bilion Adalah Langkah Ke Hadapan
8 Koridor Ekonomi Merugikan
9 ASEAN Perlukan Matawang Sendiri
10 Pengurangan Subsidi Minyak Adalah Tidak Wajar
11 Bajet 2009: Gula-Gula Untuk Rakyat
12 Bank Dunia Perlu Dirombak
13 Pasaran Terbuka Berat Sebelah
14 Air Asia Punca MAS Lemas
15 Sistem Brettenwood Perlu Diganti

SOSIAL
1 Masalah Perkauman: Salah Media
2 Demi Perpaduan: Kebebasan Media Perlu Dikawal
3 Perpaduan Kita Terus Kukuh
4 Penapisan Internet Langkah Ke Belakang
5 Bloggers: Duri Dalam Daging
6 Malaysia Perlukan Tenaga Nuklear
7 Pindaan AUKU: Mahasiswa Sudah Bersedia
8 AUKU: Menyebab Mahasiswa Lesu
9 Krisis Makanan Global: Kita Sudah Bersedia
10 Bioteknologi Langkah Tepat Dalam Menangani Krisis Makanan Dunia
11 Akta DNA Tidak Perlu
12 Bahasa Melayu Penyatu Bangsa Malaysia
13 Setelah 51 Tahun, Bahasa Melayu Semakin Dilupakan
14 Misi Ke Angkasa Lepas Wajar Diteruskan
15 Pendidikan Kita Bertaraf Dunia
16 Sistem Pendidikan Kita Berjaya
17 Gejala Sosial Remaja: Pendidikan Kita Wajar Dipersalahkan
18 Pemimpin Politik Tidak Wajar Menerajui Persatuan Sukan
19 Sukan Kita: Indah Khabar Dari Rupa
20 Penganjuran Sukan Antarabangsa Menguntungkan
21 Sukan Adalah Medium Perpaduan
22 Generasi Muda Kita Patriotik
23 Semangat Kesukarelaan Kian Pudar
24 Industri Hiburan Tidak Tentu Arah
25 Kerjasama Antarabangsa Mampu Menyelesaikan Masalah Alam Sekitar Dunia
26 Perubahan Iklim Dunia Tanggungjawab Negara Dunia Ketiga
27 Peniaga Di Malaysia Peka Pengguna
28 Tun Dr. Mahathir Layak Diberi Anugerah Nobel
29 NGO Berat Sebelah

HUMOR / PERIBAHASA / UMUM
1 Hijau Perlu Kekal Hijau
2 Remaja Malaysia Perlukan Doraemon
3 Tindakan Zalim Menyelamatkan
4 Semut Sudah Setanding Gajah
5 Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
6 Kerana Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar

3 Respons bagi “Senarai Cadangan Usul Debat Diraja 2008”

  1. saiful Berkata:

    Hu….hu….hu…. Tengok pada tajuk2 tu, banyak gak rasanya yg akan “ditongsampahkan”……

  2. Rashid Berkata:

    er…motion utk eng debate x de kew?adakah usul2 yg dipertontonkan dalam web ini adalah usul debat bahasa melayu semata2?

  3. syatir Berkata:

    Usul untuk kategori Bahasa Inggeris setahu saya tidak akan diberi lebih awal. Hanya akan diberi oleh ketua hakim 30 minit sebelum pertandingan.

Tinggalkan jawapan