November 8, 2008
Harga Minyak Dunia turun lagi…!

Turun lagi? Hari tu naik sampai AS$147 setong. Sekarang dah turun ke bawah AS$60 setong.
AS$60 tu banyak mana? Murah sangat ke? OK. Pengiraan dia macam ni….
AS$147/tong = RM520.38/tong
AS$60/tong = RM212.30/tong
Satu tong (barrel) tu banyak mana?
1 tong (barrel) = 158.99 liter
Jadi harga minyak sekarang sebenarnya adalah:
RM212.30 / 158.99 liter = RM1.34/liter
TAPI KENAPA KERAJAAN MASIH KEKALKAN RM2.15/liter? KERAJAAN SEBENARNYA TAK BAGI SUBSIDI KEPADA SETIAP LITER TAPI SYARIKAT MINYAK DAPAT UNTUNG RM0.81 seliter.
Well. It’s something to ponder about.
2 komen |
ekonomi |
Pautan Kekal
Dikirim oleh syatir
November 8, 2008
Selepas memenangi pilihanraya presiden beberapa hari lepas, Presiden Barack Obama mengumumkan perlantikan jawatan pertama iaitu Ketua Staf (chief of staff) White House yang diberikan kepada Rahm Emanuel.

Chief of staff tu apa? Kerjanya memantau dan menyelaras aktiviti dan komunikasi antara jabatan-jabatan pentadbiran AS. Lantik staf White House, pecat diorang, control pengaliran masuk dan keluar maklumat-maklumat penting, control orang yang nak jumpa presiden, control white house. Kalau presiden AS tak mahu campur, Chief of staff boleh jadi macam Perdana Menteri. Pendek kata macam orang no.2 di Washington. Very powerful. Tapi kalau presiden macam Bush, chief of staff tak ada kuasa sangat.
Ada yang bersetuju dengan pilihan Obama. Ada yang membantah.
Yang setuju kata:
“Emanuel ni berpengalaman luas. Dah lama dalam House of Rep.”
“Emanuel seorang pemikir strategik”
“Perwatakan yang berbeza antara Emanuel dan Obama akan saling lengkap-melengkapi. Obama budak baik, Emanuel boleh jadi budak jahat”
Yang tak setuju kata:
“Emanuel orang kuat Demokratik. Akan jadi berat sebelah.”
“Emanuel akan menyebabkan perpecahan antara Demokrat dan Republikan makin buruk”
“Pemilihan Emanuel bercanggah dengan janji Obama untuk bawa perubahan. Perubahan tidak akan berlaku kalau Obama pilih orang parti sendiri.”
Yang paling penting: “Rahm Emanuel berbangsa Yahudi. Chief of staff ke-3 yang berbangsa Yahudi dalam sejarah AS” (So, adakah Obama tidak akan pro-Israel??)
Apa pun masih terlalu awal untuk buat penilaian. Kita cuma tunggu dan lihat.
Leave a Comment » |
Politik |
Pautan Kekal
Dikirim oleh syatir