Macam biasa, setiap akhir tahun Tennis Masters Cup akan tiba. Sebagai peminat Roger Federer aku takkan lepaskan peluang untuk menyaksikan bintang faveret aku beraksi. Bagi yang tidak tahu, Masters Cup adalah pertandingan penamat akhir tahun yang paling berprestij (kalau dalam debat, macam Debat Diraja la). Lapan pemain terbaik dunia (berdasarkan ranking) akan bertarung untuk merebut kejuaraan ini. Pertandingan dibuat dalam bentuk liga / round robin. Satu group empat player. Keempat-empat player akan berlawan sesama sendiri. Top two akan masuk semi final. Berikut adalah undian untuk tahun ini.
Red group: Roger Federer, Andy Roddick, Andy Murray, Gilles Simon.
Gold group: Novak Djokovic, Nikolay Davydenko, Jo-Wilfred Tsonga, Juan Martin Del Potro.
Rafael Nadal (world no. 1) tidak beraksi kerana kecederaan. Agak mengecewakan sebab aku nak tengok Nadal-Federer di final.
My prediction: Federer, Murray, Tsonga, Del Potro ke semi final – Federer, Murray di final dan Federer menang. (Sori kepada peminat player lain. Aku memang bias)
Dikirim oleh syatir 