Debat Shabery-Anwar: Siapa Menang?

Julai 17, 2008

Agak lama jugak aku meninggalkan blog ini tanpa dikemaskini. Banyak projek baru sekarang. Agak sibuk.

Straight to the point, tentang debat pemimpin politik pertama di Malaysia antara Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebagai pencinta debat aku tak lupa untuk menyaksikan peristiwa bersejarah ini di kaca tv secara live. Malah aku mewajibkan pendebat-pendebat UIAM yang sepatutnya menjalani latihan debat malam itu supaya menonton dan menganalisis debat tersebut.

Secara keseluruhannya, idea mengadakan debat ini adalah idea yang sangat bagus. Menjadikan media sebagai platform terbaru untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan dua pihak yang berbeza. Malah perkara ini sudah lama diadakan di negara-negara maju seperti AS yang akan mengadakan presidential debate setiap kali menjelang pilihanraya presiden. Malah aku tak sabar menantikan debat antara John McCain, Calon Presiden Republikan menentang Barack Obama, Calon Presiden Demokrat tak lama lagi. Baguslah kalau pemimpin politik Malaysia sudah membuka mata dan menjadi lebih berani. Debat adalah platform terbaik untuk menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Sepatutnya debat seperti ini dijalankan lebih kerap lagi antara pemimpin kerajaan dan pembangkang.

Apapun tahniah kepada AgendaDaily dan DBP kerana telah mangajurkan program yang bermanfaat ini. Debat ini bukan untuk mencari siapa menang siapa kalah (walaupun banyak pihak dalam blog dan web telah memberikan verdict masing-masing siapa pemenangnya). Debat ini sebenarnya medan untuk kita rakyat Malaysia melihat setiap perkara daripada dua sisi berbeza.

There’s always two side of a coin.