Walimatul Urus

Mei 6, 2009

Saya ingin menjemput kawan-kawan dan semua yang mengenali diri ini untuk menghadiri majlis perkahwinan saya dengan Siti Nur Ain Md. Johari pada:

Baca baki entri ini »


April Fool

Mac 31, 2009

Bersempena april fool kali ini, saya ingin mempublish semula artikel saya yang lama:

Tahukah anda asal-usul April Fool?

Ada banyak cerita tentang asal-usul April Fool. Saya nak tulis cerita yg paling masyhur.

April Fool dikatakan bermula di Perancis tahun 1582, pada zaman Raja Charles IX. Pada masa tu, berlaku pertukaran daripada Kalendar Julian kepada Kalendar Gregory oleh Pope Gregory XIII.

Mengikut kalendar Julian, tahun baru disambut pada 25 Mac. Sambutan diadakan seminggu sehingga kemuncaknya pada 1 April. Selepas kalendar Gregory digunakan tahun baru ditukar kepada 1 Jan. Namun, ada orang-orang Perancis yang menolak perubahan ini dan masih menyambut tahun baru mengikut tarikh yang lama.
Baca baki entri ini »


Jom Tengok Geng (Upin dan Ipin)!

Februari 13, 2009

Rasa macam tengok kartun Disney!. Itulah rumusan yang boleh aku buat. I’m speechless. Yang hanya boleh aku buat lepas tengok filem animasi “Geng: Pengembaraan Bermula” ni hanyalah gelak sorang-sorang apabila terkenangkan jenaka-jenaka yang mencuit hati.

geng_poster2

Siapa yang tak tengok memang rugi. Kenapa? Ada banyak sebabnya:

Baca baki entri ini »


Hakim DIPERLUKAN!

November 25, 2008

Dengan sukacitanya, saya ingin menjemput semua bekas pendebat IPT untuk datang ke UIA pada 28 november – 3 disember ini untuk menjadi hakim Debat Diraja 2008. Bilangan pasukan terlalu banyak dan anda semua memang DIPERLUKAN. Saya minta maaf jika jemputan ini tidak rasmi. Sekiranya anda memerlukan surat boleh hubungi En. Ami Rozaidi Chik Ros (Tel: 03-61964098 @ 019-3914004). Sila panjangkan jemputan ini kepada mana-mana rakan pendebat anda. Thank you in advance. Hanya kerjasama anda yang mampu menjayakan Debat Diraja tahun ini.

SYATIR TALIB (UIAM)


Senarai Usul Debat Diraja 2008

November 20, 2008

Berikut adalah senarai rasmi tajuk atau usul Debat Diraja 2008 bagi kategori Bahasa Melayu. Ada 50 kesemuanya. Analisis dan ulasan terhadap usul-usul debat diraja 2008 ini akan menyusul tidak lama lagi. Jangan lupa untuk datang kembali ke blog ini untuk mendapatkan idea asas, contoh kes dan sumber rujukan yang boleh digunakan. Buat masa sekarang, mulakanlah latihan pasukan anda dengan tajuk-tajuk debat yang telah ditetapkan ini.

SENARAI USUL UNTUK DEBAT DIRAJA 2008
Baca baki entri ini »


Debat Diraja 2008: Analisis Usul Debat Diraja

November 18, 2008

((Pertandingan Debat Diraja akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak pada 28 November hingga 3 Disember))

Senarai cadangan tajuk / usul debat diraja sudah saya lampirkan di sini. Di dalam post ini, saya cuma ingin membuat sedikit analisis dan tips untuk para pendebat.

Walaupun tajuk-tajuk ini belum ditapis sepenuhnya, sudah cukup memberi gambaran kepada para pendebat tentang apa yang perlu dikaji.

ANALISIS UMUM

Secara keseluruhan, kebanyakan usul bersifat isu terbaru dan semasa yang memerlukan pembacaan berita-berita terkini daripada suratkhabar, internet dan berita TV. Walaupun terdapat beberapa usul yang bersifat umum, majoriti bersifat spesifik kepada isu-isu tertentu.

ANALISIS TERPERINCI seperti berikut:

Baca baki entri ini »


Debat Diraja 2008: Semua Bekas Pendebat Dijemput

November 18, 2008

((Pertandingan Debat Diraja akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak pada 28 November hingga 3 Disember))

Sebagai tuan rumah, saya ingin menjemput SEMUA bekas pendebat ipt Malaysia – tidak kiralah anda berdebat pada tahun 80-an, 90-an, atau era millenium – untuk datang ke UIA bagi memeriahkan pertandingan kali ini. Khidmat anda semua diperlukan sebagai HAKIM pusingan awal.

Untuk makluman semua, bagi kategori debat Bahasa Melayu (BM) sahaja, hampir 60 pasukan sudah mengesahkan penyertaan. Kalau ada 60 pasukan bermakna akan ada 30 perlawanan serentak. Untuk menggunakan sistem juri sebanyak 90 orang juri diperlukan serentak.

Oleh itu, saya sangat berharap anda semua dapat melapangkan masa untuk berkhidmat dan menjadi sebahagian daripada warga Debat Diraja 2008. (Terutama pada hari Sabtu 29/11 dan Ahad 30/11).

Kepada sesiapa yang membaca post ini, saya sangat berharap anda tolong COPY & PASTE jemputan ini di dalam blog anda, friendster, facebook, myspace atau apa-apa medium untuk disebarkan. Terima Kasih.

MOHD SYATIR TALIB (UIAM)


Senarai Cadangan Usul Debat Diraja 2008

November 14, 2008

((UPDATE 20/11/2008: SENARAI USUL YANG RASMI TELAH DIKELUARKAN. KLIK DI SINI. SILA ABAIKAN POST INI.))

uiam_juara_debat_di_raja(Pertandingan Debat Diraja Antara Universiti-Universiti Awam Malaysia 2008 akan diadakan pada 28 November hingga 3 Disember 2008 di kampus UIA, Gombak)

Mungkin ramai-ramai yang tertunggu-tunggu post ini. Inilah senarai cadangan tajuk atau usul debat diraja 2008 kategori Bahasa Melayu. Tapi, tajuk atau usul ini belum disaring / disunting / di’finalised’ / dimuktamadkan. Selepas ditapis mungkin akan tinggal dalam 30 hingga 40 sahaja.  Lepas dah confirm aku akan post sekali lagi. Sekurang-kurangnya senarai ini mungkin dapat membantu para pendebat untuk latihan.

Ini tajuk-tajuknya:

Baca baki entri ini »


Tahniah! Adik-adik 5A UPSR

November 13, 2008

Tahniah kepada 46,641 orang adik-adik yang mendapat keputusan semua A hari ini. Ramainya anak-anak yang pintar zaman sekarang. Kalau dulu memang susah nak dapat 5A (zaman aku 4A – sains belum ada).  Dulu dapat semua A mesti riuh satu kampung. Mak Ayah mesti buat kenduri kesyukuran. Mintak la sekolah mana pun mesti dapat.

upsr

adik-adik yang berjaya dalam UPSR (gambar hiasan)

Tapi itu dulu, zaman dah berubah, orang dah maju. Budak-budak sekarang semua dah ada handphone (apa kaitannya?). Sekarang, kalau dapat 5A pun belum tentu ada tempat dalam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau MRSM. Adik aku dapat 5A pun salah seorang yang terpaksa buat rayuan untuk masuk SBP walaupun dapat 5A.

Apapun, tahniah untuk adik-adik. Masuk SBP atau tidak bukan penentu kejayaan. Ramai yang masuk SBP tapi lepas SPM jadi Mat Rempit. Aku dulu pun bukan belajar di SBP. Bahagia jugak hidup sampai sekarang. Tunggu nak kahwin je. Untuk adik-adik, jadikan kejayaan UPSR ini sebagai catalyst atau pemangkin kepada kejayaan di peringkat lebih tinggi. Yang tak berjaya, jangan bersedih. Peluang untuk berjaya masih luas terbentang. Yang penting, jangan tinggal solat, ikut cakap mak ayah, jadi anak yang soleh.


Hormatilah Orang Tua

November 9, 2008

Bila bersalam dengan orang tua, kita kena hormat dan cium tangan. Macam gambar ini.

ampu

Apa nak jadi dengan orang Melayu?